Ari ni kerja...esok public holiday sempena hari satu malaysia...bajet ramai la cuti kt ofis...knon nk memencilkan diri la kt ofis... malangnye big bos datang ofis ari ni dgn penuh keazaman utk kerja...huhu...
Nak dipendekkan cerita aku penat sgt kerja ari ni...pluss aku yang tengah 'bercuti'...so rasa macam tak larat la sangat...nak marah pun ade...stress pun ade...tapi sebab badan tak berapa rasa macam sihat so aku turutkan sahaja la...
Smpai rumah macam biasa la kan kena fikir nk masak apa untuk dinner nanti..tanye asben katenye nak makan bihun sup...so dalam kepala ni dah stat la enjin dok fikir barang2 untuk masak...
So kt bawah ni adalah resipi simple nak buat bihun sup style malin hokeyyy tp utk 2 orang makan je...
Bahan-bahan
Ayam dipotong dadu (biasa kalau makan dua orng style kdai mkn je dalam 3 ketul ayam)
Bawang besar sebiji
Bawang putih 2ulas
Halia 1 inci
Serbuk perencah sup 1.5 sudu besar
1 Kiub pati ayam knorr
Garam
Sayur : kobis, bunga kobis, carrot , jagung, fish ball
2 biji telur
Cara masak..
1. Panaskan kuali dan masukan 2 sudu bsar minyak masak..
2. Masukkan bawang besar, bawang putih yang telah dicincang halus (asben xsuke makan bawang so kne potong halus2 bg xnampak)
3. Tambahkan air dan masukkan ayam yang telah dipotong dadu.
4. Masokkan kiub pati ayam yang telah dihancurkan dan serbuk perencah sup
5. Biarkan sup menggelegak dan pecahkan telur sebiji demi sebiji
6. Setelah telur masak masokkan semua sayur uang telah dipotong ke dalam sup.
7.sementara menunggu kuah menggelegak utk kali ke2 selepas masok sayur td.. bolehla rendam bihun setengah peket dengan air panas (sy suke rendam trus dgn air panas sbb xyah tggu lme2 n bihun pn xliat cm kt kedai 2) lepas bihun dh lembut bolehla toskan n bilas dgn air..
8. Bila nak hidang baru cedok kuah ke bihun kalau tak nanti bihunnye kembang air... nak sedap lg boleh tambah cili kicap..nyum2...
Hehe selamat mencuba!!!
No comments:
Post a Comment