Peranan Suami Ketika Isteri Hamil
Saje nk share...kalau la abg terbace kan..hehe kekadang xreti nk ckp...sbb pmpn slalu harap hsband dia phm keadaan dia...lg2 tym preggy cmni kan..sume pn xlarat nk wt sorang2..tmbah lak kje byk kt ofis..so harapnyer dgn ad info kat bwh ni tok abg n bakal2 papa yg len blh la bce tok lbih memahami bkal2 ibu..hehe
Suami perlu meringankan beban isteri menguruskan rumah tangga seperti membantu membuat kerja rumah atau keperluan anak sedia ada.
Bagi sokongan moral kerana emosi isteri mudah terganggu ketika hamil. Biasanya isteri menjadi lebih sensitif, jadi bersabarlah melayan kerenah isteri.
Sediakan persekitaran yang sihat dan selesa untuk isteri.
Ingatkan isteri agar mengamalkan diet seimbang.
Temani isteri bertemu doktor bagi memeriksa kandungan.
Manjakan isteri dan kandungan. Luangkan masa berbual dengan isteri dan anak dalam kandungan.
Tunaikan permintaan isteri yang tidak melampau. Biasanya ketika hamil isteri mengidam nak makan macam-macam makanan.
Lebih peka dan memahami isteri yang mengalami perubahan, emosi, fizikal dan pemikiran.
Beli barang keperluan bayi bersama isteri.
Bawalah isteri bercuti sebagai tanda penghargaan.
Ikuti kelas pranatal sebagai persediaan untuk bersalin.
Ketika tarikh jangkaan semakin hampir, isteri akan gelisah dan berasa takut. Tenangkan isteri dan sentiasa berusaha berada di sisinya.
Temani isteri ketika proses kelahiran, beri kata semangat padanya.
Jangan lupa berdoa agar isteri dan bayi anda sihat dan selamat.
No comments:
Post a Comment